Powered By Blogger

Wednesday, April 20, 2011

Persoalan yang telah punya jawapan!


AsSalam. Tadi secara tak sengaja terjumpa satu artikel yang agak menarik untuk dikongsikan. Persoalan-persoalan yang lazim menyinggah dalam fikiran kita.. Saya percaya kita pernah mempersoalkannya kan? Sape tak pernah sila angkat tangan! Hehe..sori saya tak nampak sape2 pun angkat tangan..so kesimpulannya..semua orang pernah.. Sebenarnya semua persoalan ini..Allah dah sediakan jawapannya..melalui Al-Quran, kitab cukup hebat diturunkan kepada manusia yang menjadi sumber rujukan terpenting sepanjang zaman. 

Sabda Rasulullah s.a.w, “Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian (satu peninggalan berharga), seandainya kamu berpegang dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah dan sunnah nabi-Nya.” (Riwayat Al-Hakim bersanadkan Ibnu Abbas) 

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan
saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan
mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah
menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya
Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia
mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat
2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat
baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai
sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan
sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah
ayat 286

RASA FRUST?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu
bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling
tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu
(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan
perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran
musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah
supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan
jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan
sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min,
diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk
mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain
drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat
Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat
Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Moga ada manfaat

Sejarah April Fool - Buat renungan kita bersama

Bila sebut je 1 April..apa yang terlintas kat fikiran kita..tentunya pasal hari mengenakan orangkan? Ye..mempermainkan orang untuk tujuan bergurau pada fikiran orang yang mengenakan. 


Tahukah kita sejarah April Fool ni? Macamana boleh tercetusnya hari April Fool ni? Kenapa ia dinamakan April Fool? Bodohkah April tu? Jom kita baca kisah disebalik perayaan April Fool ini..

Pada abad ke-8 Masihi, Sepanyol berkembang menjadi sebuah negara Islam yang maju dan makmur apabila ditadbir oleh penguasa Islam. Keadaan ini tidak disenangi oleh golongan kafir yang berjiran dengan Sepanyol. Mereka mahu lihat Islam hancur tetapi kebanyakan usaha mereka untuk menakluknya gagal.

Akhirnya pihak kafir menemui jalan untuk menghancurkan penduduk Islam di Sepanyol. Caranya mudah iaitu dengan melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya untuk memecahkan perpaduan umat Islam. Strategi ini berjaya dan akhirnya sedikit demi sedikit Sepanyol jatuh ke tangan tentera Salib.

Tentera Salib amat kejam. Masyarakat awam termasuk wanita dan kanak-kanak dibunuh tanpa perikemanusiaan. Satu demi satu daerah di Sepanyol berjaya ditakluki sehinggalah tentera ini tiba di wilayah terakhir iaitu Granada.

Penduduk Islam di wilayah ini terpaksa bersembunyi di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Lalu tentera Salib membuat taktik penipuan. Mereka mengumumkan bahawa penduduk Granada dibenarkan untuk keluar dari penempatan mereka dengan selamat dan dibenarkan menaiki kapal yang telah disediakan untuk keluar dari Sepanyol.

Percaya dengan apa yang dijanjikan tentera Salib, maka ribuan penduduk Islam di wilayah itu keluar dari rumah lalu berkumpul di pelabuhan. Tentera Salib yang bersembunyi lantas membakar keseluruhan penempatan di situ termasuk golongan Islam yang masih terus bersembunyi di dalam rumah.

Ribuan umat Islam yang sudah berkumpul di pelabuhan hanya tergamam tanpa dapat berbuat apa-apa apabila melihat tentera Salib bukan saja membakar rumah-rumah mereka, malah turut membakar kapal yang dijanjikan untuk membawa mereka keluar dari wilayah itu.

Mereka semua terkepung. Lalu tentera Salib dengan kejam menyerang dan membunuh kesemua umat Islam di pelabuhan itu termasuklah wanita dan kanak-kanak tanpa belas kasihan. Yang kedengaran hanyalah gema takbir diiringi jeritan dan tangisan. Tiada seorang pun penduduk Islam yang terselamat. Granada bermandi darah!

Mayat bergelimpangan, laut yang biru bertukar menjadi merah. Dan tragedi berdarah ini berlaku pada 1 April tahun 1487 Masihi dan dikenali sebagai'The April Fool Day' oleh golongan Kristian. 

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara se-Islam mereka sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan abu Dawud:
"Neraka wail bagi sesiapa yang apabila bercakap lalu berbohong dengan tujuan untuk mentertawakan pihak-pihak tertentu. Neraka waillah bagi orang itu!"

Oleh itu kawan-kawan..tak payahlah kita nak joint meraikan April Fool ni dengan mempersendakan orang lain. Kalau orang kafir motif dia meraikan April Fool ni sebagai memperingati hari kejayaan mereka memperbodoh dan mempersendakan orang Islam..apa pula motif kita meraikannya? Renung-renungkan..

Tuesday, August 24, 2010

SIAPA LEBIH KEJAM: MALAYSIA ATAU ISRAEL

Manusia bermula dari zaman Adam a.s hinggalah kepada Nabi Muhammad s.a.w masih lagi tidak berubah sifat dan perangai mereka yang masih lagi cintakan dan menganggap bahawa dunia adalah segala-segalaya dan tidak ada lagi dunia lain selepas ini. Hal inilah yang menyebabkan mengapa ramai manusia sekarang semakin lalai dengan hiburan-hiburan yang disajikan dengan berbagai jenis maklumat-maklumat dan aktiviti-aktiviti yang boleh membawa kepada kerosakan akhlak terutama kepada anak-anak muda yang semakin lari dari landasan yang sebenar iaitu agama Islam. Manusia sekarang sudah banyak dipengaruhi unsur-unsur yang datang dari negara Barat yang boleh menjatuhkan akhlak dan akidah umat Islam antaranya seperti fesyen, pendidikan, cerita-cerita yang memaparkan adegan-adegan yang tidak senonoh, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, mengunjungi kelab-kelab malam, berpesta sehingga larut malam dengan adanya arak dan melakukan hubungan seks dan sebagainya. Inilah pengaruh-pengaruh yang cuba dibawa masuk oleh pihak-pihak kafir ke dalam pemikiran umat Islam sekarang supaya mereka lupa dan lalai dalam menjalankan kewajipan dan amanah mereka terhadap segala perintah-perintah yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.
       
     Disebabkan itu manusia akan menghalalkan apa yang haram sehingga menyelimuti pemikiran dan emosi mereka. Maka tidak hairanlah jika manusia menghalalkan riba apa yg Allah haramkan, tidak hairanlah mengapa manusia menghalalkan arak apabila Allah mengharamkannya. Jika dikaitkan kembali dengan cinta terhadap manusia, tidak hairanlah mengapa manusia menghalalkan pergaulan bebas apabila Allah mengharamkannya sehingga membawa kepada kes-kes zina seterusnya berlakulah kes pembuangan nyawa yang tidak berdosa. Tidak adakah naluri keperikemanusiaan dalam diri mereka yang sanggup melakukan perkara terkutuk tersebut? Kemana hilangnya sifat-sifat tersebut???..

       Sebelum timbul isu kes pembuangan bayi, masyarakat Malaysia heboh memperkatakan tentang kekejaman israel yang bom sana bom sini, termasuklah mereka yang membuang bayi yang tidak berdosa. namun demikian, sekarang  ini isu kekejamamn Israel sudah kurang dan semakin senyap diperkatakan oleh pihak-pihak media massa dan masyarakat, tetapi sekarang masyarakat dan media massa semakin hangat dan heboh membicarakan tentang isu yang tergempar di Malaysia sekarang yang dah makin menjadi-jadi iaitu isu pembuangan bayi!!!! diulangi dan ditegasi di sini isu pembuangan bayi!!! Banyak berita-berita tentang bayi dijumpai dalam keadaan yang menyayatkan hati seperti dimakan anjing, berkulat, dibakar dan sebagainya. Tidak tersentuhkah hati kita semua melihat nyawa-nyawa yang tidak berdosa ini diperlakukan sedemikian rupa. Inillah sebanya mengapa saya katakan rakyat Malaysia lebih kejam dan hina dari Israel. Selain itu, kenapa saya katakan rakyat Malaysia yang pergi membunuh dan membuang bayi seperti sampah  tidak berguna, ini kerana di Palestin mereka menangisi kematian anak-anak mereka, mereka bermati-matian menyelamatkan anak mereka, tapi MALAYSIA??  Mereka yang melakukan perbuatan terkutuk ini merasa seperti sudah terlalu banyak sangat anak dan menganggap bahawa nyawa-nyawa tersebut boleh dijual beli di pasar malam dalam harga RM10 sebungkus.

    Kepada anak-anak muda di luar sana, beringatlah jangan menambahkan lagi dosa yang sudah pun terbina dengan melakukan penzinaan dengan yang mereka bukan muhrim, dengan membunuh bayi sendiri yang lahir hasil daripada benih diri sendiri. Mana perginya sifat keibuan anda?? Mana perginya ajaran ISLAM anda?? Ingatlah, nanti di pintu syurga anak dari benih anda itu akan berjalan laju menuju syurga, tapi tidak akan memimpin tangan anda berjalan bersamanya meniti jalan menuju ke syurga. Kenapa?? tepuk dada tanya Iman, tepuk dada tanya akal, tepuk dada tanya nafsu.


SIAPA YANG HARUS DIPERSALAHKAN: LELAKI ATAU WANITA

Assalamualaikum w.b.t..
Sebenarnya tajuk ini ditujukan khas untuk kaum-kaum wanita terutama kepada mereka-mereka yang kurang mengambil berat tentang penutupan dan penjagaan aurat. Selama saya perhatikan cara hidup berpakaian anak-anak mudi zaman sekarang, semakin lama semakin tidak cukup benang dan kain. Mereka ini semakin hari semakin terikut-ikut dengan fesyen yang diterbangkan oleh pereka-pereka fesyen dari barat untuk disesuaikan dengan gaya hidup zaman moden. Ada kalangan wanita menutup aurat tapi dalam masa yang sama memakai seluar ketat atau baju yang masih menampakan susuk tubuh mereka dan bertudung tetapi tetap menampakkan perhiasan-perhiasan yang tidak elok untuk dipamerkan dikhalayak ramai. Ada yang menutup aurat tetapi masih bergaul bebas dengan lelaki ajnabi atau masih mudah bersalaman dengan lelaki yang bukan mahram mereka. Persolannya, apakah mereka menutup aurat kerana memenuhi tuntutan Islam sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah di dalam al-Quran atau sekadar fesyen atau meniru atau sekadar melepas batuk ditangga? Kalau ini tujuannya, mereka masih terdedah kepada azab Allah atau masih jahil atau buta agama.

Melihat keadaan ini, hati ini merasa sedih dan kecewa dengan fenomena yang berlaku terhadap wanita-wanita zaman sekarang yang tanpa segan silu sanggup mendedahkan apa yang tidak sepatutnya mereka pamerkan kepada manusia-manusia yang bukan muhrim( halal untuk dikahwini). Boleh dikatakan 80 peratus wanita sekarang berpakaian seksi dengan terdedah sana, terdedah sini. Hal ini menyebabkan berlaku gangguan syahwat bagi lelaki yang memandangnya yang akhirnya mendatang kesan yang buruk seperti kes zina dan rogol. Sabda Rasulullah s.a.w. “Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun” (riwayat Muslim). Namun, keadaan ini tidak akan terhenti disitu sahaja kerana ianya akan menjadi lebih parah dan buruk lagi jika sekiranya kanak-kanak, ibu-ibu, nenek dan wanita yang bertudung turut menjadi mangsa lelaki-lelaki yang kejam apabila sesuatu yang mereka inginkan tidak dapat dicapai dan dihajati. Maka mereka-mereka yang tidak berdosa inilah yang menjadi tempias terhadap nafsu-nafsu jahat lelaki sedemikian yang gagal dalam mengawal gelora nafsu mereka.

Maka tidak hairanlah jika sejak kebelakangan ini terdapat banyak berita-berita yang dipaparkan oleh media masa tentang kes-kes rogol yang terdiri dari kalangan kanak-kanak, ibu-ibu dan nenek. Kalau hendak di fikirkan apalah yang ada pada mereka-mereka ini semua. Walau bagaimanapun perkara ini bukan hanya setakat merogol sahaja bahkan lebih teruk dan menyedihkan lagi apabila mereka-mereka ini diperlakukan dengan lebih kejam seperti diseksa dan dibunuh. Inilah kesannya apabila peraturan menutup aurat yang telah di syariatkan dalam Islam diperlekeh dan dipermainkan tanpa memandang apakah kemungkinan dan keberangkalian yang akan berlaku pada masa hadapan serta kebaikan dan keburukannya dalam soal menutup aurat. Bagi mereka yang berpakaian seperti tidak cukup benang dan kain ini mungkin mereka tidak merasai bahawa perbuatan mereka yang berpakaian menjolok mata ini bakal mendatangkan musibah kepada mereka yang menjaga dan menutup aurat. Hal ini kerana apabila lelaki-lelaki yang memandang mereka tidak mendapat apa yang dihajati akan mencari mangsa-mangsa lain untuk melempiaskan nafsu tersebut. Justeru, dalam hal ini siapakah yang sepatutnya di persalahkan sama ada lelaki atau perempuan?

Mari sama-sama kita fikirkan adakah jika wanita-wanita sekarang yakin bahawa jika mereka berpeluang berhadapan dengan Baginda s.a.w hari ini, adakah Rasulullah s.a.w akan tersenyum atau sebaliknya? Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi s.a.w di akhirat kelak? Mungkin seseorang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di alam Barzakh dan Akhirat selain menambahkan azab sahaja. Dalam peristiwa Israj Mikraj, Rasulullah s.a.w telah diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk melihat bagaimana keadaan neraka dan alangkah terkejutnya Baginda apabila melihat betapa ramai dikalangan umatnya adalah wanita-wanita yang menjadi penghuni neraka dengan keadaan rambut mereka digantung serta keadaan otak dan daging mereka yang telah masak akibat daripada tidak memakai tudung serta mendedahkan aurat. Firman Allah dalam Surah Al Ahzab ayat 59: “ Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan dan isteri-isteri orang mukmin (yang benar-benar beriman), hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka keseluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih dikenali, kerana mereka tidak diganggu, dan Allah maha pengampun lagi maha Penyayang”.

Manakala, bagi mereka yang telah beristeri dan mempunyai anak-anak perempuan tetapi tidak menutup aurat manakala suami sebagai ketua keluarga pula tidak menyuruh keluarganya menutup aurat apatah lagi jika isteri atau  anak perempuan bebas bersalaman dengan lelaki bukan mahram serta bergaul bebas maka lelaki ini digolongkan sebagai lelaki dayus dan diharamkan oleh Allah untuk memasuki syurga walaupun beliau rajin solat, puasa, sedekah tetapi dalam masa yang sama derhaka dan menolak tuntutan rukun iman. Allah tunjukkan kepada nabi dalam peristiwa Israk dan Mikraj sebagai pengajaran bahawa begitu besar dosa dan begitu ngeri azab yang bakal diterima oleh wanita-wanita yang mendedahkan aurat malahan suami atau bapa mereka turut menerima tempiasnya sekali pada akhirat kelak. Sebenarnya wanita merupakan golongan yang paling mudah untuk masuk neraka dan golongan yang paling senang untuk mendiami syurga Allah s.w.t hanya dengan menjaga ketaatan kepada Allah dan Rasul serta taat kepada suami.

Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri dan sentiasa mempertingkatkan amalan kita semua kepada Allah s.w.t