Powered By Blogger

Wednesday, April 20, 2011

Persoalan yang telah punya jawapan!


AsSalam. Tadi secara tak sengaja terjumpa satu artikel yang agak menarik untuk dikongsikan. Persoalan-persoalan yang lazim menyinggah dalam fikiran kita.. Saya percaya kita pernah mempersoalkannya kan? Sape tak pernah sila angkat tangan! Hehe..sori saya tak nampak sape2 pun angkat tangan..so kesimpulannya..semua orang pernah.. Sebenarnya semua persoalan ini..Allah dah sediakan jawapannya..melalui Al-Quran, kitab cukup hebat diturunkan kepada manusia yang menjadi sumber rujukan terpenting sepanjang zaman. 

Sabda Rasulullah s.a.w, “Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian (satu peninggalan berharga), seandainya kamu berpegang dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah dan sunnah nabi-Nya.” (Riwayat Al-Hakim bersanadkan Ibnu Abbas) 

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan
saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan
mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah
menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya
Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia
mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat
2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat
baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai
sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan
sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah
ayat 286

RASA FRUST?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu
bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling
tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu
(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan
perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran
musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah
supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan
jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan
sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min,
diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk
mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain
drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat
Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat
Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Moga ada manfaat

Sejarah April Fool - Buat renungan kita bersama

Bila sebut je 1 April..apa yang terlintas kat fikiran kita..tentunya pasal hari mengenakan orangkan? Ye..mempermainkan orang untuk tujuan bergurau pada fikiran orang yang mengenakan. 


Tahukah kita sejarah April Fool ni? Macamana boleh tercetusnya hari April Fool ni? Kenapa ia dinamakan April Fool? Bodohkah April tu? Jom kita baca kisah disebalik perayaan April Fool ini..

Pada abad ke-8 Masihi, Sepanyol berkembang menjadi sebuah negara Islam yang maju dan makmur apabila ditadbir oleh penguasa Islam. Keadaan ini tidak disenangi oleh golongan kafir yang berjiran dengan Sepanyol. Mereka mahu lihat Islam hancur tetapi kebanyakan usaha mereka untuk menakluknya gagal.

Akhirnya pihak kafir menemui jalan untuk menghancurkan penduduk Islam di Sepanyol. Caranya mudah iaitu dengan melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya untuk memecahkan perpaduan umat Islam. Strategi ini berjaya dan akhirnya sedikit demi sedikit Sepanyol jatuh ke tangan tentera Salib.

Tentera Salib amat kejam. Masyarakat awam termasuk wanita dan kanak-kanak dibunuh tanpa perikemanusiaan. Satu demi satu daerah di Sepanyol berjaya ditakluki sehinggalah tentera ini tiba di wilayah terakhir iaitu Granada.

Penduduk Islam di wilayah ini terpaksa bersembunyi di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Lalu tentera Salib membuat taktik penipuan. Mereka mengumumkan bahawa penduduk Granada dibenarkan untuk keluar dari penempatan mereka dengan selamat dan dibenarkan menaiki kapal yang telah disediakan untuk keluar dari Sepanyol.

Percaya dengan apa yang dijanjikan tentera Salib, maka ribuan penduduk Islam di wilayah itu keluar dari rumah lalu berkumpul di pelabuhan. Tentera Salib yang bersembunyi lantas membakar keseluruhan penempatan di situ termasuk golongan Islam yang masih terus bersembunyi di dalam rumah.

Ribuan umat Islam yang sudah berkumpul di pelabuhan hanya tergamam tanpa dapat berbuat apa-apa apabila melihat tentera Salib bukan saja membakar rumah-rumah mereka, malah turut membakar kapal yang dijanjikan untuk membawa mereka keluar dari wilayah itu.

Mereka semua terkepung. Lalu tentera Salib dengan kejam menyerang dan membunuh kesemua umat Islam di pelabuhan itu termasuklah wanita dan kanak-kanak tanpa belas kasihan. Yang kedengaran hanyalah gema takbir diiringi jeritan dan tangisan. Tiada seorang pun penduduk Islam yang terselamat. Granada bermandi darah!

Mayat bergelimpangan, laut yang biru bertukar menjadi merah. Dan tragedi berdarah ini berlaku pada 1 April tahun 1487 Masihi dan dikenali sebagai'The April Fool Day' oleh golongan Kristian. 

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara se-Islam mereka sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan abu Dawud:
"Neraka wail bagi sesiapa yang apabila bercakap lalu berbohong dengan tujuan untuk mentertawakan pihak-pihak tertentu. Neraka waillah bagi orang itu!"

Oleh itu kawan-kawan..tak payahlah kita nak joint meraikan April Fool ni dengan mempersendakan orang lain. Kalau orang kafir motif dia meraikan April Fool ni sebagai memperingati hari kejayaan mereka memperbodoh dan mempersendakan orang Islam..apa pula motif kita meraikannya? Renung-renungkan..